Followers

Sunday, May 29, 2011

Siapa Bakal Juara Mentor 5???

Assalamualaikum uols semua...Selamat Malam~

Uols dah dinner ke belum? Aku baru je selesai dinner dengan housemate...Terasa nyaman perut ni,hehe...

Haaaa,apa topik aku malam ni ek?Sudah semestinya pasal final Mentor 5 yg baru je start kat TV3 ni...Tak sabar2 aku nak tengok siapakah yg bakal dinobatkan sebagai JUARA pada malam ni.Adakah Salma (protege peberet aku),Iqa ataupun Shiha.

Final Game : Man United vs Barcelona


Assalamualaikum uols semua...


Ape yg uols buat di petang Ahad yg best ni?Hmm,petang ni aku nak kongsi story pasal game pagi yg hening td antara Manchester United vs Barcelona...

Dengan bersemangatnya,pukul 1 pagi aku bersama Incik Punkjunkman aku gerak ke Presint 2,Putrajaya untuk menonton game besar tersebut.Konon2 nak happening la kan tengok bola dengan screen besar,at last kitorang kena duduk terselit-selit kat celah beribu manusia yg nak tengok game tu.Kitorang pun mula terbayang,alangkah baiknya kalau td kitorang tengok bola kat kedai mamak je,siap bole makan minum lagi.Hehe...Tapi tak kisahla,dah sampai pun kat sini,terselit pun terselit lah...Lagipun,kat Putrajaya kan sedang berlangsung Himpunan Sejuta Belia siangnya,tu yg buat orang bertambah ramai.

Aku yg merupakan Fan Manchester United ni,ececeh,pada hal mula2 bukanlah fan sangat pun,hal bola-bola ni bukan aku amik tahu pun,apetah lagi nama player MU,1 apa pun aku tak tahu,tapi disebabkan Incik Punkjunkman aku fanatic Manchester United,jadi lama kelamaan aku pun terikut suka dengan club ni.Sekarang ni,aku dah tahu sikit2 nama player MU.Bangga tau!!!


Glory,Glory Man United

Oklah,jom layan game yg aku dah tengok semalam...
Mula2 start game tu,aku tengok macam hambar je,dua2 club tu main macam slow,maybe baru start game,feel belum ada lg.Lepas dah beberapa minit perlawanan,aku tengok MU mula nak serang Barca...Wah,aku pun teruja lah,nampaklah harapan sikit yg MU boleh menang.Aku yg tengok ni pun terasa debaran,apetah lg kalau aku jd player...Hehe,ada hati konon nak jd player MU.

Selepas diasak oleh player Barca,akhirnya Barca berjaya sumbat 1 gol oleh Pedro.Arrrrrgggh!!!!Tension seketika...Lepas tu game makin rancak,MU dah mula tunjuk semangat,then beberapa minit kemudian,MU berjaya pula sumbat 1 gol oleh Wayne Rooney...Hooooyeay!!! Bergema jeritan fan MU kat dataran putrajaya tu.Lebih hebat sorakan dari sorakan fan Barca td...

Rehat seketika,kembali selepas ini...Rehat sekejap lah uols,game separuh masa pertama dah tamat daaa~

Kembali bersiaran...Hehe...

Masuk game separuh masa kedua,aku tengok Barca makin kencang corak permainan dorang.Laju gila dorang pass bola.MU pulak asik tak dapat bola,kalau dapat pegang bola pun sekejap je,lepas tu dah dirampas semula.Main pun ikut rentak Barca.Akhirnya Barca dapat sumbat gol yg kedua oleh ayam tambatan dorang,Messi.Aduhhh,dah masuk dah!Apa ni MU??? Come on...Wake up,wake up!!!

MU dah seperti hilang taring.Aku dengan Incik Punkjunkman pun dah macam boring nak tengok game tu.Rasa macam nak balik je time tu jugak.Tapi relax2...Tengok player MU pun dah makin tension,bola asyik kena rampas memanjang.Memang dah ditakdirkan rezeki tak memihak kepada MU lg kali ni,akhirnya Barca berjaya sumbat 1 lg gol oleh David Villa.Aaaaaaaaaaaaaaaaaarrrgh,sudah!!!Takde harapan dah ni.Lepas tu aku mengharapkan keajaiban berlaku dengan masa yg dah suntuk.

Dan,tiada keajaiban berlaku...MU kalah dengan Barca 3-1...Its ok MU!!!Try harder in the next season,OK!Aku dengan Incik Punkjunkman pun bangun dan berjalan ke arah kereta yg begitu jauh sekali dengan langkah yg bergaya...Hehe,langkah fan club yg kalah daa...

Layan video jap dari youtube...


                                                           









Thursday, May 26, 2011

Ragam Patient~

Assalamualaikum uols semua...Apa khabar uols di petang Khamis ni? Hopefully,uols semua berada di dalam keadaan sihat wal'afiat belaka...AMIN~

Hmm,petang ni sejurus je aku tiba dekat rumah,terus melepek dulu kat atas katil...Wah,terasa lega sekali bila dapat melepek-lepek ni.Almaklumlah,kerja pagi tadi sibuk sesibuknya.Nasib baik sempat breakfast,kalau tak,alamat pengsanlah aku...

Entah kenapa terasa nak story pasal topik ni di petang yg redup ni.Mungkin sebab dah macam-macam ragam patient yg aku tengok semenjak aku kerja kat hospital.Aku yg kerja sebagai Missy ni terpaksa tahanla dengan apa pun ragam yg patient,kadang2 bukan setakat patient je,tapi sekali dengan waris2 patient pun ada ragam yg tersendiri.


Nak kena cucuk laju-laju?


Aku yg dah terbiasa kerja berhadapan dengan orang ni,kadang2 dah imun dengan ragam2 patient.Kalau setakat ragam sebagai patient tu,biasalah kan,yela,orang sakit katakan,mungkin perasaan nak diberi perhatian lebih tu meningkat daripada biasa,tapi,kalau ragam yg kadang2 tak masuk dek akal,yg membuatkan timbul rasa fed up nak layan orang.


Kesian patient ni...


Nak review antara ragam2 patient,waris2 patient yg pernah aku tengok....

Tuesday, May 24, 2011

Sunshine Smile Contest Starts Now!!!!

Assalamualaikum uols semua...
Haa,amacam pagi ni,semua ceria tak?Mestilah kena sentiasa ceria ditambah pulak dengan senyuman manis uols semua...Senyum,tak perlu kata apa-apa...Jadi,apa lagi uols,senyum jangan tak senyum ye...

Cakap pasal senyum ni,masa aku tengah berblog walking ke blog Incik Syafik Coklat,aku ternampaklah dia join 1 contest ni...Wah,macam best je,bukan suruh buat apa2 pun,contest tu just suruh kita hantar pic kita tengah senyum...Senang what!Uols semua kalau orang snap pic,mesti uols senyum kan...Ha,apa lagi,jomlah kita meriahkan contest yg dianjurkan oleh penaja-penaja kita iaitu Incik Ashraf Jalil dan Incik Aarrgh! Its Me...

Kat bawah ni adalah pesanan dari pihak penaja tentang contest...Jom review!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.


Wow,bestnya hadiah contest nih!!!


CONTEST APE NI?
Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
 
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

Amacam uols?Syarat-syarat contest ni pun senang kan...So,apa lagi,jangan tunggu lama-lama ye!

Pic mana ek yg aku nak masukkan ni,almaklumlah,pic aku bukannya banyak mana pun...At the end,aku pilih pic aku masa 'Nurses Day Nite'...

                       

Ha,ni la pic nya...For the first time in my lifes pakai dress macam ni tau,semata-mata untuk raikan malam Nurses Day pada 13 Mei 2011.Masa ni siap ber'make up' lagi,padahal sebelum ni just pakai bedak je.Memang terasa macam orang lain je malam tu bila tengok muka sendiri kat cermin...

Senyum aku dalam pic ni pun ada story yg tersendiri...Waktu ni tengah tersenyum control + malu sebabnya kena naik stage terpilih jadi calon Queen Of The Nite,tak menang pun,dapat hadiah saguhati.Tapi okla sebab 1st time aku dress up macam ni,tup,tup boleh tercalon lak...Haha,memang malu gila lah masa ni,siap kena jalan catwalk depan semua orang...

Okla uols,jangan lupa join ontest ni ramai2 tau...Apa-apa pun,senyumlah uols semua walau kat mana kita berada,tapi senyum bertempat tau...Jangan pulak orang lain duk bercerita kat uols cerita sedih uols g senyum lak,ada yg kena sekeh nanti...Hehe

Sebelum berundur,ni kawan2 blogger yg aku nak tag :


Sampai di sini dulu,Adios Amigos~

Monday, May 23, 2011

"Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net"

Assalamualaikum uols semua...

Hari ini aku jumpa 1 segmen yg agak menarik,tertarik,kau memang da boom dalam Gengblogger.Sebagai orang baru dalam dunia berblog ni sudah tentulah aku sangat berminat dengan segmen ni.Yelah,kita bagi orang yg berpengalaman review blog kita dan dorang akan komen apa yg perlu dan tak perlu diletakkan dalam blog kita.Setakat ni,apa yg terpampang kat dalam blog aku tu,aku letak ikut sedap mata aku memandang,tapi para blogger yg review blog aku,entah suka atau tidak dengan susun atur blog aku.

Tak mau merapu panjang lebar,apa kata kita join segmen Incik Jamaluddin.net,manalah tahu kot2 kita punya blog boleh capai tahap yg kita pun takkan sangka.

Jom letak banner dulu!!!


Ok,dah selamat letak banner...Hmm,Incik Jamaluddin.net ni mintak kita komen blog dia,tapi untuk aku yg masih baru dalam dunia blog ni rasanya seganlah nak mengomen blog orang,lagi2 nak komen blog orang yg dah superb!!! Tak sabar rasanya nak ada blog yg superb macam blog Incik Jamaluddin,blog simple & nice...Mata kita yg datang tengok blog dia pun tak sakit sebab semuanya tersusun rapi.

Diharapkan Incik Jamaluddin sudilah review blog saya yg tak seberapa,yg baru sebulan jagung menapak di dunia blog.Semoga semua komen dari Incik Jamaluddin akan membuatkan saya akan lebih berusaha untuk berblog dengan lebih gigih di masa akan datang...Chewah!!!

Salam 1 Malaysia...Adios Amigos~

Tips : Kalau Nak Try Baju Pengantin~

Assalamualaikum uols semua...

Wah,hari ini aku nak bagi tips pulak kat uols semua,tips ni dikhususkan untuk bakal-bakal Bride To Be...Ecececeh,suka uols ye nak pergi try baju pengantin...Kembang kempis gitu! Dalam kepala otak uols mesti dah terbayangkan baju pengantin yg superb2 yg bakal tersarung di body uols kan...


                       Sumber dari Awiedotcom.fotopages.com


Amboi uols,siap dah berangan lagi pakai Tuxedo & Dress ye...

Ok2,jom kita teruskan.Rupanya nak try baju pengantin pun kena ada tips jugak,ingatkan boleh main suka je g try baju pengantin nih...Hehe...Sebenarnya,tips ni bukanlah tips apa pun,ciput punya tips je nih...

Jom layan apa tips yg ciput tu :

1- 1st of all,sebelum uols keluar dari rumah,pastikan uols pakai baju yg simple je.Reasonnya,senang untuk uols fitting baju nanti.Kalau baju dah berlapis-lapis,nak kena bukak tu bukak ni,uols jugak yg tension nanti.

2- Tips ni pun aku kira penting jugak,uols better pakai seluar lain kat dalam contohnya macam legging ke dan pakai inner atau singlet supaya masa nak try baju tu tak adalah segan sangat nak bukak baju depan orang butik tu...Sebab apa tau,hampir kesemua baju pengantin,kena ada orang yg tolong kita pakaikan.



3- Pastikan uols dah tahu apa tema pakaian yg uols nak pakai masa wedding event uols nanti.Tema sekarang ni kan macam-macam,tradisional lah,moden lah,kontemperori lah...So,kalau uols dah tau apa tema wedding uols,senanglah nak cari baju yg bersesuaian.Katakan uols punya tema,tema tradisional,so just focus on baju2 tradisional je lah.Senangkan.Kadang2 kita dah tengok macam2 baju,macam2 fesyen,jadi rambang mata tak tahu nak pilih yg macam mana.


Ni tema tradisional Jawa

 

Ni konsep moden

4- Tips ni pun penting jugak bila uols plan nak pergi fitting baju pengantin iaitu tema warna wedding.Macam2 warna kan yg ada,jadi uols mestilah dah buat pilihan warna untuk memudahkan orang butik suggest kan baju kat uols mengikut warna tema uols.Kalau uols belum memikirkan lagi apa warna tema wedding uols,baiklah uols fikir2 kan warna yg uols berkenan,baru plan untuk pergi tengok baju pengantin,kalau tidak,uols yg pening nanti.Baju pengantin dah la bermacam2 warna,cantik2 pulak tu.Alamat kalau uols belum set kan perkara2 macam tu,balik dengan tangan kosong lah jawabnya.

Semua warna cantik2 belaka

5- Last but not least,untuk para bride to be sekalian,seeloknya uols semua mesti tahu berapa pasang pakaian yg uols nak gayakan masa wedding uols nanti.Untuk nikah,bersanding,potong kek,malam berinai,khatam Quran,tak kisahla tentative wedding uols macam mana nanti,yg penting uols kena tahu berapa banyak pakaian yg uols nak ambil dari butik pengantin yg uols nak pergi.Tapi kadang2,orang butik tu akan suggestkan kat uols apa yg perlu dan apa yg tak perlu,dan lepas tu terpulang lah kat uols nak ikut atau tidak.

Wah,panjang lebar dah tips yg aku tulis ni.Jadi buat bride to be sekalian,sudi-sudi kan lah baca tips yg tak seberapa dari aku ni.Manalah tau ianya berguna untuk uols semua.

Sampai di sini jelah agaknya,segala yg baik datangnya dari Allah,yg terkurang dari diri aku sendiri...Selamat membaca...Adios Amigos~                                                           







         

Ping entry blog anda di GengBlogger~

Assalamualaikum uols semua...

Apa khabar?Hopefully semua baik2 belaka ye...Jangan pulak ada blogger yg terkena sindrom Monday Blues ek...Bahaya tu...Wat eve pun aku doakan semoga semua Happy & Ceria belaka...

Pagi ni,aku tak ada apa-apa plan yg nak dibuat lagi jadi tangan ni pun gatallah on laptop dan apa lagi,aku pun teruslah menerjah blog aku...Actually memang tak ada apa-apa yg menarik sangat pun kat blog aku,almaklumlah masih mencari identiti dan masih dalam proses belajar upgrade kan blog...

So,tadi aku jenguk2 la ke Gengblogger,sekali aku ternampak ada 1 tutorial yg pada aku amat berguna,yela,knowledge aku dalam berblog ni masih lagi di tahap yg sedikit,jadi kena rajin-rajinlah tengok tutorial orang.Geng blogger yg baik hati dah sedia nak bagi free knowledge,kalau tak grab,kita jugak yg rugi...



Ok,untuk geng2 blogger yg belum tau macam mana cara nak ping entry anda di Gengblogger,apa kata kita terjah ke tutorial yg telah disediakan oleh Blog Coretan Cyber.Semoga dengan tutorial yg disediakan tu dapatlah kita sama2 memperoleh knowledge yg berguna...

Geng2 blogger semua,selamat mencuba...Adios Amigos~

Credit to : Blog Coretan Cyber

Sunday, May 22, 2011

Mentor 5 : Semi Final ke-2...Sape Pilihan Anda???

Assalamualaikum uols semua!!! Selamat malam Ahad...

Bertemu kembali lagi kita,kali ni aku nak buat entry pasal semi final Mentor 5, yang mana semua protege yg berjaya adalah perempuan... Mantap-mantap rupanya protege perempuan kali ini...Ape cer dengan protege lelaki? Hampeh kot protege lelaki kali ni...Haha,pandai pulak aku kritik orang ek,cuba kalau aku yg try masuk Mentor tu,konfem masa sesi uji bakat aku awal-awal dah kena singkir...Almaklumlah,suara aku ni hanya layak diperdengarkan kat dalam box karaoke je...Haha!!! Eh,eh,eh...ni nak story pasal aku ke pasal protege Mentor 5???

Jom layan entry aku jap...

Malam ni aku tengok Semi Final Mentor 5 sengit-sengit belaka.Suara semua protege memang mantap-mantap belaka.Mau terjegil anak mata aku dengar suara mantap dorang nih.

Protege pertama yg buat performance hari ni iaitu Salma di bawah didikan Mentor nya yg Super Duper Pretty,kak Erra Fazira,membawa kelainan dengan membawa lagu genre tradisional...Sekali sekala dengar Salma nyanyi lagu macam tu best jugak...Nampakla yg Salma ni boleh jadi artis yg ber'variety',boleh bawa macam-macam genre lagu...Mantaplah Salma!!! Lagu kedua pulak,Salma bawak lagu rock duet dengan Mohd (Juara Mentor 4),wah,memang superb betol!!! Rock kapak habis Salma dengan Mohd...Cayalah!!!



Salma & Erra

Protege kedua yg buat performences iaitu anak didik Afdlin Shauki,Ratnah yg bawak lagu Hello Back Girls,tak kurang mantap,suara dia bagi aku sangat unik,serak-serak basah...Suara seksi meksi lah katakan...Lagu kedua pulak Ratnah berduet dengan Adi (Naib Juara Mentor 4)...Entah apa pasal dia kena duet dengan naib juara,yg lain semua duet dengan juara-juara Mentor...Tapi tak kisahlah tu sebab suara Adi pun best jugak,sweet muweet gitu...Ala-ala angkasawan dengan bomoh moden lagi,hehe...Good job Ratnah!!!


Afdlin dan Ratnah

Terus kepada protege ketiga,yg orang duk kata klon Rossa,Shiha...Anak didik kepada Kak Pah...Still da same bawak lagu genre slow...Suara ada tapi try la bawak genre yg berlainan sikit,play safe kot!!! Lagu kedua,Shiha berduet dengan Pija (Juara Mentor 1),bawak lagu Sedetik Lebih...Haduh3,suara Pija mengatasi suara Shiha,apa kes nih...Apepun dua2 memang mantap!!!


Shiha dan Kak Pah

Last but not least,protege kepada Edry Abdul Halim iaitu Iqa mula-mula bawak lagu Awan Terpilu,just nice suara dia,but performances yg menyentuh hati...Lagu kedua berduet dengan Fiq (Juara Mentor 2),bawak lagu  Sampai Syurga...Rasanya macam tak kena pulak gandingan dorang berdua nih,macam tak sampai pulak...Tapi apa2 pun good job Iqa...


Edry dan Iqa 

Debaran menanti semua protege dan mentor masing-masing bila dah selesai buat performances.Masa untuk menunggu keputusan dari para juri siapa yg layak pergi ke final...

Pengacara Ally Iskandar telah mengumumkan markah yg telah diberikan oleh para juri awam untuk semua protege...Shiha,Ratnah dan Iqa telah diberikan markah penuh oleh juri awam iaitu 20markah,cuma Salma yg telah mendapat 19markah...

Uikkssss??? Ada gimikkah??? Hehe...Nak buat kontroversi pulak aku ni...

Debaran semakin meningkat bila semua protege menunggu keputusan akhir siapakah yg bakal layak ke peringkat akhir pada 29 Mei depan...

Markah telah diumumkan,Salma mendapat 113markah,Ratnah 88markah,Shiha 119markah dan Iqa mendapat 126markah...Dengan itu,Shiha dan Iqa telah layak ke peringkat akhir...Kecewa sungguh peminat Salma dan Ratnah sebab tak dapat ke pringkat akhir...

Jeng,jeng,jeng.....Wah3,rupanya ada gimik pulak yg dorang buat...Mentor 5 telah bersetuju untuk membawa masuk seorang lagi peserta ke peringkat akhir,dan ternyata Salma pun layak ke peringkat akhir untuk berentap bersama Shiha dan Iqa...Cayalah Salma!!!

Semi final Mentor 5 telah pun selamat melabuhkan tirainya sebentar tadi...Apa pun keputusan yg telah dibuat tidak boleh dipertikaikan lagi...Aku punya entry pun dah panjang lebar dan akan melabuhkan tirai tapi boleh aku tanya 1 soalan??? Haha,berdebar tak? 

SIAPAKAH PILIHAN ANDA UNTUK JUARA MENTOR MUSIM KE-5? ANDA TONTON ANDA JAWAB...

Sekian sahaja dari cheMissy malam ini...Jangan marah ye kalau anda yg terguris hati dengan entry ini...Tiba2 nak jadi reporter tak bertauliah...Selamat Malam...Adios Amigos~




                                                 



Saturday, May 21, 2011

Segmen SC : Seram Lucu

Assalamualaikum uols semua...

Hmmm,actually cheMissy tengah keje time nih,hehe...Memandangkan pada Jumaat malam yg hening sunyi ni patient tak berapa nak ada,mungkin dorg semua balik kampung kot,almaklumlah kan esok cuti,jadi cheMissy pun ambil kesempatan untuk join segmen Incik Syafik Coklat...

Wah,sebenarnya perasaan sangat teruja untuk join segmen ni sebab ni kali pertama cheMissy join segmen Incik Syafik Coklat...Maklum saja lah,cheMissy ni masih baru lagi dalam dunia berblog...

Oklah,berbalik pada segmen tadi...Eh,jap2,cheMissy nak upload picture "Hantu Mak Limah" dulu...



                                    Ala sedihnya muka Kak Limah ni.....



Meh,cheMissy dah nak start story kisah seram lucu yg penah cheMissy alami...

Dulu,waktu cheMissy sekolah menengah,cheMissy sekolah asrama.Tau2 jela bila duduk asrama ni macam2 story seram yg kita dengar.Tapi cheMissy ni jenis kat luar nampak macam kental mental lah kononnya,dalam hati,ya ampun,hanya Allah saja yg mengerti betapa takutnya cheMissy bila nak duduk asrama...Sebelum tu lupa pulak cheMissy nak bagi tau yg cheMissy ni masuk asrama lewat seminggu...

Uishh,meremang pulak bulu tangan cheMissy nak story seram2 ni,lagi2 cheMissy tengah duk kat hospital tengah2 malam nih...Layan ajelah,nak join segmen Incik Syafik Coklat punya pasal...

1st Day cheMissy masuk asrama tu,semuanya berjalan dengan lancar,dari register sampaila ke sesi tidur,semuanya ok2 belaka...Alahamdulillah,best jugak duk asrama nih...

Masuk hari 2nd,malam tu macam biasa sebelum nak tidur,cheMissy n the gang semua pergi gosok gigi dan yg paling penting sekali kena basuh kaki sebelum tidur...Lepas dah prepare diri,aktiviti wajib setelah pergi toilet,kitorang 1 dorm kena baca surah2 dulu sebelum tidur,yela kenala protect diri dari gangguan syaitan kan...

Malam tu memang tidur lena lah,penat kononnya seharian menuntut ilmu,tapi entah macam mana tiba2 boleh pulak cheMissy terjaga dari tidur,masa tu adalah dalam pukul 3-4 pagi,lebih kurang macam tu la...

Tiba2...*Sambil buat muka saspen*

cheMissy ternampak ada 1 lembaga sedang berjalan ke arah cheMissy sambil tangan lembaga tu mendepa ke depan.Masa tu jangan cakaplah,peluh dah keluar macam banjir...Makin lama makin dekat lembaga tu datang ke arah cheMissy...Jantung memang laju gila kentang la masa tu...

Akibat ketakutan yg teramat sangat,apatah lagi lembaga tu dah semakin menghampiri cheMissy,cheMissy pun ape lagi....TOLOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONG!!! Menjerit memang dah tak hengat punyalah,kuat giler!!!...Lepas tu cheMissy dah tak ingat2 apa2...toink,toink! cheMissy terus ting tong...

Terasa percikan air kat muka cheMissy,bukak2 mata...kabur sekejap...Lepas tu cheMissy nampak semua budak dorm sekali dengan warden pun ada kat sekeliling cheMissy...Hairan sekejap,kenapa dorang semua ada kat sini??? Dorang tanya kat cheMissy,ko kenapa menjerit macam nampak hantu ni???

cheMissy pun apa lagi dengan semangatnya terus bangun n story kat dorang yg cheMissy nampak hantu masa terjaga dari tidur,siap buat gaya lagi...Akak senior dorm cheMissy terus terjah cheMissy,oiii cik adik,itu kawan ko la,dia memang tiap malam tidur sambil jalan!!! Dia mengigau!!!

Aduh,malu bukan kepalang rasanya pagi tu,diketawakan semua orang.Rupanya,akak senior tu tengah stay up,dengan dia dia sekali terkejut dengar cheMissy menjerit kuat gila,agaknya adala 1 bangunan tu dengar cheMissy menjerit...Bukan akak tu je yg terkejut,kawan cheMissy yg mengigau tu pun terkejut sampai terjaga terus dari mengigau...

Hmmm,tu la pengalaman cheMissy seram lucu cheMissy masa duk kat asrama...Rupanya disebabkan kelewatan cheMissy masuk asrama,cheMissy tak tau yg kawan 1dorm cheMissy tu suka berjalan time tidur...Orang lain dah biasa tengok dia berjalan time tidur,jadi tak heran dah kalau nampak dia berjalan tengah2 malam....Huhu,memang seram lucu lah rasanya kisah cheMissy masa minggu pertama duk asrama tu...

Oklah blogger2 semua...Selamat mengikuti segmen Incik Syafik Cokalt...Adios Amigos~

p/s : Hati2 ye adik2 yg nak duduk asrama...Hehe~

tag : HillmeIssac







                    

Friday, May 20, 2011

Bossy Mossy? No,No,No!!! i dont loike~

Hallo,hallo,hallo uols semua....Eh,silaplah....Assalamualaikum uols semua?Ape macam hari ni,ada sihat kah semua?Hopefully semua dalam keadaan sihat2 belaka ye...

Di pagi Jumaat yg indah ni,apa yg uols tengah buat?Atau ada apa2 perkara yg uols sedang fikirkan?Hmmm,jangan pendam dalam2,kang memakan diri sendiri...

Pagi ni terasa macam nak story pasal Bos & Pekerja...Kenapa topik ni jadi pilihan aku di pagi Jumaat ni?Maybe aku ni seorang pekerja,jadi aku nak story lah tentang keadaan apabila kita menjadi seorang pekerja di bawah jagaan seorang Bos,Supervisor,Team Leader atau apa jela gelaran uols untuk orang2 yg berada di atas uols...

Hmmm,setelah 2tahun aku mengABDIkan diri sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat swasta yg bernama *TEET*,hehe,saja je nak buat gimik,konon2 la...Aku dah banyak kali bertukar Sister,Pengarah syarikat...Tapi aku tak kisah pun bertukar orang atasan ni selagi mereka semua berkelayakan dan dapat menjalankan tugas dengan baik untuk anak2 buah mereka yg nakal nih...hehe...

Macam2 perangai aku tengok Bos2 aku nih,ada yg suka membebel,ada yg suka main terjah,ada yg tegur secara berhemah,ada yg manjakan staf,pendek kata,memang banyak pesen Bos ni...Yela,mereka ni pun manusiai juga kan,jadi kerenah tu pelbagai la...

Ape yg aku suka tekankan kat story aku ni adalah sikap terlalu BOSSY...
Ish,ish,ish...buruk la perangai kalau ada sikap macam ni...Bukan apa,bila Bos terlalu bersikap bossy,pekerja akan jadi takut,menyampah,tak suka,tak hormat,malas nak appreciate dan macam2 lagi la...Tak best tau bila ada perasaan macam ni...Kita ni bila bekerja,nak kena ada perasaan aman dan tenteram...Bila Bos datang,kita tak takut,kita dengan ikhlas hati boleh appreciate dia...Tapi kalau dapat bos yg perangai cam hampeh,sikit2 nak bising,sikit2 nak komplen,bukan salah kita pun dimaki hamun,apa kejadahnya...


                                                           


Pada pendapat aku la kan,bila kita ni dah dinaik taraf sebagai bos,atau erti kata lain,pangkat tu dah lebih tinggi dari kawan2 yg lain,janganla kita meninggi diri.Ingat,sebelum kita dinaikkan pangkat,kita pun pernah merasa macam mana jadi pekerja bawahan.Bos yg baik bagi aku hendaklah seorang yg boleh duduk sekali dengan pekerja,bukan duduk 1kerusi ye...hehe...Boleh dengar masalah pekerja dan selidik dulu jikalau ada apa2 komplen mengenai pekerja yg lain.Kalau setakat ada kesalahan yg kecik2 tu,pi settle dengan orang tu sudah,tak perlu la nak diperbesarkan 1jabatan.Malu la pekerja tu...Lainla kesalahan yg orang tu buat dah terlalu besar dan melampaui batas...Kalau Bos baik,pekerja tentu baik juga...Hehe...


                                                               

Amboi3...panjang berjela rupanya cheMissy ni melalut...Uols mesti dah pening baca entry aku ni kan...Hehe...Sampai di sini dahulu buat kali ini...Sebenarnye cheMissy nak pergi membuta,almaklumlah,hari ni keje shif malam,kang kalau tak tidur,malam kang tak boleh nak keje,mata kuyu jer...Adios Amigos~

:.....PENDEKKAN KATA,KITA NI SEBAGAI MANUSIA,JANGANLAH MENINGGI DIRI...
      HIDUP KITA NI BAGAIKAN RODA,SEKEJAP KITA DI ATAS,SEKEJAP DI BAWAH...
......RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....:

Thursday, May 19, 2011

fB anda lembap??? Meh sini~

Assalamualaikum uols,

Oleh kerana hari ni hari berblog,so aku redah sana sini cari tutorial2 yg best untuk dijadikan panduan bg newbie mcm aku nih...

Aku berblog Walking ke blog eN Neo In Blog,aku ternampak 1post yg menarik iaitu "CARA NAK MELAJUKAN FACEBOOK BROWSER"...aku ape lg terusla meng'klik' pd link tersebut,almaklumlah 2-3 menjak ni bila sign in ke fB je,mak datok punyela lembap,jd ni 1 peluang yg baik...

eN Neo telah memberi link dari Hafiz Rahman & Amanz di mana mereka berdua ni ade menyediakan tutorial mengenai tajuk di atas...

Jadi,sesiapa yg ada masalah kelembapan fB,bole try cara dorg nih,mana tau berjaya,tak de la asik menghadap loading lama sangat...

Selamat Mencuba~

Credit to: eN Neo In Blog, eN Hafiz Rahman & eN Amanz

yuHuu...berjaya akhirnye!!!

yeay!!! sangat HAPPY di petang yang terik ini...

Hehe,uols nak tau x knp aku HAPPY petang nih?sebabnye,aku dh berjaya "PASANG IKLAN NUFFNANG LEADERBOARD DI TEMPLATE"...malam td dh try ikut cara dari nuffnang tP mission failed,maybe sbb kurang kefahaman.

Petang ni aku berjaya buat dengan adenye tutorial2 yg bermanfaat dr senior blogger...credit to Neo In Blog sebab dh berjaya tolong aku memasang iklan nuffnang dengan bantuan tutorial nye...

So,untuk blogger yg masih belum berjaya memasang iklan nuffnang,jengah2 la blog http://neodmarco.blogspot.com...konfem uols akan berjaya punye...

Selamat mencuba....


:....KALAU RASA DIRI TU SERBA SERBI TAK TAHU,
                    JANGAN MENYOMBONG DIRI UNTUK BELAJAR DARI ORANG LAIN....GTG :

Sesi Menggodek Blog....

Assalamualaikum uols,

Hmmm,arini aku Day Off (DO)...Aku tersangat la teruja dengan DO kali ni,sebab ape ea??? Dah tentula ni masa aku nak menggodek sana sini untuk "MENCANTIKKAN BLOG AKU"...fyi,aku ni mmg buta IT,yg aku tau setiap hari,bukak fB,bukak emel,tu je yg aku tau...so,bila dah ade blog ni,kena la rajin2 rujuk tutorial yg berlambak kat google nih.nak cari tutorial yg ringkas n senang faham bukannye senang,kena rajin search...Jadi,bangun je pagi2,aku dh on my Lappy...walaupun my Lappy ni dh ngekngok,tP ni la my Lappy dr dulu sampaila sekarang...walaupun kadang2 die buat hal,tP yg ni jgkla yg setia ngn aku...Sebenarnye takde PITIH nak beli baru...hehe...

Berbalik pada tujuan aku untuk "MENCANTIKKAN BLOG" tadi,aku ade rujuk beberapa tutorial dari beberapa senior Blogger,yg mana aku tgk tutorial dorg ni best n ringkas untuk Newbie mcm aku nih....Hmm,tP walaupun tutorial dorg ni ringkas,aku ni lambat pick up gak..haha...So,aku kena godek2 lagi sampai aku faham,tP xtaula bape lama masa yg perlu aku amik untuk buat aku faham...Jadi,kalau ade blogger2 kat luar sana yg ade tips macam mana nak bg cepat pick up,bole la share ngn aku ea...Jasa uols akan ku hargai...

Sebelum melabuhkan tirai,kat sini aku nak share blog yg boleh dijadikan panduan bg newbie2 mcm aku...Jengahla blog dorg,mmg superb la!!! Layan Jangan Tak Layan~

- Ika Honey Bunny

- Maribinablog

- Belog Cap Ayam

Aku belum dapat try semua tutorial dorg ni tP kalau korang nak try,layanla blog dorg,gerenti puas hati...Ok,marilah sama2 kita memeriahkan blog kita....Adios Amigos~

Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum Guys Out There~

Hehe,1st trial to be a blogger....Hopefully in future aku dapat share something yg best utk tatapan uols kat luar sana...Emmm,actually aku dh kesuntukan masa utk post story panjang2,nak kena bersiap utk g keje.Aku kan "che Missy"...Arini shif petang tP nak kena g awal sbb ade CME...utk che Missy di luar sana mesti tau kan ape tu CME...so,kalau ade masa nanti kita share knowledge yg kita dapat,ok...Sharing is Caring,is it Rite che Missy,che Missy sekalian???


: .....KALAU ADA SUMUR DI LADANG,BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
       KALAU ADA UMUR YG PANJANG BOLEH "CHE MISSY MENULIS LAGI......GTG :