Followers

Thursday, May 26, 2011

Ragam Patient~

Assalamualaikum uols semua...Apa khabar uols di petang Khamis ni? Hopefully,uols semua berada di dalam keadaan sihat wal'afiat belaka...AMIN~

Hmm,petang ni sejurus je aku tiba dekat rumah,terus melepek dulu kat atas katil...Wah,terasa lega sekali bila dapat melepek-lepek ni.Almaklumlah,kerja pagi tadi sibuk sesibuknya.Nasib baik sempat breakfast,kalau tak,alamat pengsanlah aku...

Entah kenapa terasa nak story pasal topik ni di petang yg redup ni.Mungkin sebab dah macam-macam ragam patient yg aku tengok semenjak aku kerja kat hospital.Aku yg kerja sebagai Missy ni terpaksa tahanla dengan apa pun ragam yg patient,kadang2 bukan setakat patient je,tapi sekali dengan waris2 patient pun ada ragam yg tersendiri.


Nak kena cucuk laju-laju?


Aku yg dah terbiasa kerja berhadapan dengan orang ni,kadang2 dah imun dengan ragam2 patient.Kalau setakat ragam sebagai patient tu,biasalah kan,yela,orang sakit katakan,mungkin perasaan nak diberi perhatian lebih tu meningkat daripada biasa,tapi,kalau ragam yg kadang2 tak masuk dek akal,yg membuatkan timbul rasa fed up nak layan orang.


Kesian patient ni...


Nak review antara ragam2 patient,waris2 patient yg pernah aku tengok....

- "Missy,nak selimut bulu boleh tak?" Hamboi,hamboi,hamboi,ingat hospital ni macam rumah ke puan patient? Agak-agakla kot kalau nak request something dari Missy2.

- "Missy,saya nak admit wad sebab saya nak Missy jaga anak saya 24jam" Uiks? Dorang ni ingat Missy ni baby sitter ke?Anak dorang sorang je ke yg admit wad?Abis kerja2 lain yg berlambak kat dalam wad,Missy tak payah nak buat ke wahai parents sekalian?

- Masuk bilik doktor ramai2...Aduh,ni lagi 1 perkara yg paling aku tak suka.Patient sorang je,tapi yg dibawa masuk dalam bilik doktor,ya Allah,kalau boleh nak bawa 1 kampung masuk sekali dalam bilik doktor tu.Agak2 la,rimas tau bila orang ramai2 kat dalam bilik yg maha kecil tu.Yang masuk tu pun kadang2 bukan ada fungsi apa pun,jadi penyibuk ada lah.

- Oleh sebab aku kerja kat Emergency Room,kadang2 tu ada patient yg pura-pura macam sakit dorang tu terlalu emergency.Yela,kalau tak pura-pura,kena que panjang,nanti kena tunggu lama.

- Tak sabar!!! HUH,ni ragam paling aku tak gemor sekali.Kadang2 bukan sengaja nak bagi patient admit wad lambat,tapi kebanyakan patient yg datang hospital swasta ni gunakan insurans untuk admit,jadi buat pengetahuan uols semua,kalau guna insurans ni memanglah kena tunggu lama sikit sebab nak tunggu pihak insurans reply samada cover ke tak penyakit patient tu.Kalau nak cepat sangat,senang aje,bayar CASH,konfem cepat...

Cukuplah tu aku remind semula ragam patient yg pernah aku jumpa.Story panjang2 pun,aku akan jumpa jugak dengan ragam2 yg pelbagai ni.Cukuplah aku story buat panduan uols semua supaya kita sama2 jaga ragam kita walau kat mana pun kita berada supaya semua orang senang dengan diri kita.

Sampai di sini dulu ye uols semua...Kalau datang hospital sebagai patient,ragam tu kurang2 kan lah ye.Kalau ragam banyak,orang menyumpah kita ada la.Kita kalau sakit nak orang doakan kita,bukan nak orang menyampah tengok kita...

....RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL....GTG~

2 comments:

  1. singgah sni. kalo de shoutbox lg best kan

    ReplyDelete
  2. Aida : Heehe,yeke...act masih baru berblog...dlm proses blaja lg macam mana nak letak tu letak ni...hehe~

    ReplyDelete