Followers

Sunday, July 17, 2011

Malaysia vs Liverpool

Assalamualaikum uols semua,salam Ahad diucapkan...
Semoga uols semua sihat2 belaka yer!Apa plan di hari minggu ni?Semoga plan yg dirancang berjalan dengan lancar hendaknya~






Hari Sabtu semalam aku tak kemana-mana,yela sebab dimaklumkan jalan raya hampir semua jammed yg teramat sangat gara-gara perlawanan persahabatan antara pasukan Harimau Malaya
dengan pasukan Liverpool.Jadi tak maula ambil risiko untuk tersangkut dalam jam,jadi duduk sahajalah di rumah melayan perasaan.Haha.Tapi petang semalam oleh sebab dah duduk terperap kat rumah,perut aku pun menjadi lapar dan   kebetulan pulak si dia mengajak aku makan kat luar,jadi apa lagi,bagai dicita pucuk mendatanglah aku...

Dari satu kesatu kedai makan kami round tapi hampir kesemuanya penuh gara-gara orang ramai menonton perlawanan bola sepak tersebut.Alhamdulillah nasib kami baik sebab ada satu kedai makan yg boleh menampung kehadiran kami berdua dan secara tidak langsungnya kami pun menjadi penonton perlawanan bola sepak tersebut.Wah,agak teruja jugak aku masa tu sebab masa datang tu game dah seri 1-1,dimana jaringan Harimau Malaya dilakukan oleh kapten pasukan iaitu Syafiq Rahim.Walawei,hebat jugak Harimau Malaya ni!!!Kemudian game berehat sebentar sementara menunggu separuh masa kedua.

vs



Separuh masa kedua bermula,kedua-dua pasukan masing2 mencari peluang untuk menjaringkan gol sampailah gawang pertahanan Harimau Malaya dibolosi sehingga 4-1.Pemain2 negara kita agak tertekan waktu tu dan dalam masa yg sama mereka masih mencari peluang untuk menjaringkan gol.Pada minit ke 70++ kalau tak silap aku,pertukaran pemain dilakukan dimana ayam tambatan negara iaitu Safee Sali dimasukkan untuk membuat kejutan di minit2 yg terakhir.dan ternyata kemasukannya tidak sia2 apabila dia berjaya menembusi gawang Liverpool dibantu oleh AmirulHadi.Safee Sali ternyata tidak menghampakan penyokong Harimau Malaya apabila dia sekali lagi menghadiahkan gol untuk pasukan pada minit ke 81 menjadikan mata 3-4.Disaat perlawanan hampir tamat gawang Harimau Malaya dibolosi lagi sehingga menjadikan mata 6-3.

Namun,walau pasukan Harimau Malaya kalah pada petang kelmarin,aku sebagai penyokong pasukan Harimau Malaya tetap bangga dengan kejayaan pasukan menghasilkan gol.Itu dah menunjukkan bahawa kualiti pemain bola sepak negara sudah bertambah baik sekarang.Diharap pada masa akan datang,pasukan Harimau Malaya dapat memperbaiki mutu permainan sehingga boleh disetarafkan dengan pemain2 antarabangsa.Jom kita layan video jaringan yg dihasilkan semalam...





No comments:

Post a Comment