Followers

Saturday, July 16, 2011

Haaa? Bila doktor jd pesakit?

Assalamualaikum uols semua...
Apa khabar?Semoga uols semua sihat walafiat di petang Sabtu ni.Petang2 ni hujan turun dengan lebatnya,sedap kalau melenakan diri nih,tP tiba2 rasa nak post new entry pulak.Apa lagi,bila idea nak menaip dah ada,janganlah dipersia2kan ye...hehe~

Hari ni aku kerja shif pagi.Biasalah hari2 kena menghadap perangai manusia yg beragam-ragam.Nak tak nak memang aku kena hadapi juga perangai manusia yg bergelar pesakit.Orang kata,pahala banyak layan kerenah pesakit yg bermacam-macam,tP kalau perangai kadang2 tak serupa orang yg berakal,apa pulak tu kan???

Kisah petang ni aku nak story pasal "Bila doktor jadi pesakit"...Agak2 kan la,bila doktor sendiri yg jatuh sakit,dan berada sendiri di posisi pesakit,adakah doktor tu akan berperangai yg boleh diterima pakai ataupun perangai dia lebih teruk lagi dari pesakit yg bukan bergelar doktor???Anda ada pendapatkah???










Pagi tadi ada seorang doktor ni datang sebagai pesakit.Mula2 dia sampai kat Emergency Department tu,dia complaint of Short of Breath,dia punya condition pun nampak macam weak dan betul2 sesak nafas,so,we all pun teruslah bawa dia ke observation room.Dah cek all vital signs dia dan semuanya normal tP dia still complaint sesak nafas,aku pun bagilah dia bantuan oksigen tP dalam kadar yg sedikit jela.Kang bagi lebih2 terlebih oksigen la pulak,lain pulak yg jadinya.

Lepas tu,aku pun inform lah pada MO (doktor) yg bertugas supaya tengok doktor yg sakit tu.MO pun adalah beberapa special order untuk doktor sakit tu,aku pun prepare.Dah prepare,aku pun nak pergilah insert line untuk masukkan drip (air) kat doktor sakit tu tP uols tau tak,semua order yg MO kitorang arahkan tu,semua dia refused dan ada beberapa order yg dia suruh tukar kepada order dia pulak.Setakat 1-2 benda takpe lg,aku boleh sabar tP sampai semua yg kitorang nak buat dia argue,aku pun jadi fed up la.Amboi2,sekarang ni kau tu pesakit,so buatlah cara pesakit.Kalau pesakit banyak ragam,pandai pulak marah tP bila dia sendiri yg sakit dan banyak pulak songehnye takpelah pulak ye.Hangin tol aku.Kalau semua nak refused,baik tak payah datang hospital,rawat je diri sendiri kat rumah supaya orang tak sakit hati tengok perangai doktor yg serupa ini macam.Nama je doktor tP langsung tak faham prosedur tempat orang.



Harap doktor2 kat luar sana,kalau anda jatuh sakit nanti,janganlah terlalu fussy ye!Patutnya,bila diri kita dah berada kat medical line ni,kita fahamlah kerja orang lain,jangan terlalu nak refused treatment yg orang nak beri pada kita.Hopefully nasihat ni pun masuk kat dalam kepala otak aku supaya aku tak berperangai macam tu.

Oklah uols semua,saje je nak story kat uols pasal doktor yg jadi pesakit ni.Bukan apa,kadang2 mesti orang ingat,kalau dia tu doktor,mesti segala segi dia bagus...Bukan nak dengki tP itulah realitinya,kadang2 diorang ni lah yg lagi cerewet.Taklah semua,ada jugak doktor yg aku kenal baik dan sopan,cuma ada segelintir je yg berperangai macam tu.Semoga perangai kita akan disukai oleh semua orang ye!!!

Salam Sayang...Adios Amigos~

No comments:

Post a Comment