Followers

Friday, July 22, 2011

Drama Annisa,Mungkinkah ada sambungan?

Assalamualaikum uols semua...Salam Jumaat.Semoga Happy2 belaka di hari Jumaat penghulu segala hari...
Malam tadi buat uols yg menjadi penonton setia drama Samarinda Annisa pasti tahu yg malam semalam adalah episod terakhir drama tersebut.Aku memang sangat teruja nak tengok episod akhir semalam,almaklumlah aku dah ikut drama tu dari awal lagi.Sebelum pukul 1030 malam aku dah tercongok depan tv.



Memang sedihlah semalam masa tengah tengok drama tu.Nak nangis tapi aku control je beb.Hehe.Kesian aku tengok Anna iaitu watak yg dilakonkan oleh Fiza Halim.Kalaulah apa yg terjadi kat dia tu ada terjadi dalam dunia realiti,mahunya sasau orang yg alami tu.Mana tidaknya,kawan sendiri Shila watak dilakonkan oleh Faradhiya khianati duit syarikat,lepas tu,tahu pulak yg kawan baik Balkis watak oleh Rozita Che Wan kahwin dengan suami sendiri.Ish,ish,ish,berat sungguh dugaan.Nasib baik jugaklah Anna masih ada lagi kawan yg sejati yg tidak khianat pada dia yg pada mulanya difitnah sedangkan dia tidak buat apa2 iaitu Sara watak oleh Aida Aris.

In the middle of the drama memang sadis lagi sedihla.Bila part ending drama tu,aku rasa macam ada something wrong somewhere je.Hehe.Banyak pulak complaint,lain kali nak drama ikut jalan sendiri,arahlah sendiri ye.Haha.Ending drama tu macam tak mengujakan langsung.Masa aku tengok tu,ala,macam ni ke ending dia?Tidak seperti yg diharapkan.Maybe ada Annisa 2 kot.Possible ke?Yela,banyak watak yg dah mati dalam drama Annisa tu.Tapi tak mustahil jugak,pembikin2 drama sekarang kan banyak idea.Kalau ada drama Annisa 2,aku dengan senang hatinya akan menjadi penonton setia drama tu.Wah!!!Mesti statement aku ni akan membuatkan penerbit Annisa nak suruh pengarahnya buat Annisa 2 kan sebab dah ada orang sudi jadi penonton.Haha.

Apa pun,tahniah buat semua pelakon-pelakon drama Annisa!Uols semua memang terbaik dari ladang!Untuk penutupnya,jom kita sama2 layan salah satu lagu tema drama Annisa ni yg sangat menyentuh jiwa dan perasaan nyanyian 3 suara,Shila Amzah,Ning Baizura dan Jaclyn Victor...Layan~










1 comment:

  1. ade kot sambungan, cik fadh pown ade buat entry sambungan anissa ni . rajin2 la jenguk yer..;)

    ReplyDelete