Followers

Tuesday, July 26, 2011

Sanggupkah anda???

Assalamualaikum uols semua...Apa khabar?Hope uols semua sihat2 belaka ya!
Hmmm,agak2 nya apa yg nak dikaitkan dengan tajuk kat atas tu ya?Sanggup apa pulak ni? Sanggup ku redah lautan api ker?Hehe...



Aik,ada gambar la pulak.Tapi apa pulak kaitan sanggup dengan animasi orang tua ni ye?
Sebenarnya kat sini aku nak story kat uols tentang pengalaman aku sepanjang menjadi Nurse.Salah satunya adalah mengenai pesakit orang tua.Biasalah kalau kita tengok orang tua sakit kan.Kebanyakan orang tua ni bila dia jatuh sakit,perwatakan,perangai dan percakapan dia mesti seakan-akan budak kecil.Kita sendiri sudah maklum yg hidup kita ni bagaikan roda,bila tiba masa,hidup kita akan kembali seperti asalnya kita.

Beberapa hari yg lalu aku ada terima seorang pesakit orang tua,mak cik ni telah dibawa ke hospital oleh cucu-cucunya.Masa kami ambil mak cik ni dari dalam kereta sebab condition dia dah terlalu weak,cucu perempuan yg bawak mak cik ni aku tengok muka dah sombong semacam.Masa tu aku noticed yg mak cik ni dah terbuang air besar kat dalam kereta sampai dah tertembus dari kain batik yg dia pakai.Bau jangan cakaplah,memang sepanjang jalan tolak mak cik tu,orang lain pun boleh bau.Sampai je kat katil,aku dengan Mak Nab (pembantu Nurse) terus decide nak tukar diapers mak cik tu sebab aku yg tengok dia dalam keadaan tu pun aku dah rimas,apatah lagi kalau kita sendiri yg berada dalam keadaan mak cik tu.Bau jangan cakaplah,memang ada terasa nak termuntah tapi sebab kasihankan mak cik tu,aku dan Mak Nab kuatkan diri dan hidung kami untuk cuci najis dia.



Uols nak tahu tak apa yg kami lihat?
Memang kasihan kat mak cik tu sebab najis dia tu dah sampai jadi kering macam butir-butir pasir.Bukan setakat tu je,najis dia dah sampai ke bahagian atas pinggang.Ya Allah,apa yg anak cucu dia buat kat rumah?Takkan lah tak noticed langsung keadaan nenek mereka.Kalau dah sampai jadi kering macam tu,nampak sangatlah tak dibasuh najis tu.Padahal,cucu perempuan yg bawa mak cik tu,kerja bidang Medical.Malu lah mengaku kerja dalam Medical line tapi bila bawa ahli keluarga datang hospital langsung tak macam orang yg kerja dalam bidang Medical.

Lepas aku dan Mak Nab dah cuci najis mak cik tu,ingatkan ada lah cucu dia nak duduk jaga nenek dia,tapi cucu dia langsung tak duduk sebelah nenek dia.Kasihan mak cik tu,dia merengek2 tak selesa,tapi takda sesiapa ahli keluarga nak ambil peduli.Kami setakat boleh membantu apa yg perlu sahaja tapi dari segi sokongan mental sebenarnya ahli keluarga yg lebih berhak beri pada pesakit.

Sekarang uols dah tahu apa yg aku nak sampaikan?Sanggupkah uols semua menjaga ahli keluarga yg sakit terutamanya orang tua sebaik-baiknya?Memang kalau diikutkan geli kita nak cuci najis orang,tapi sebenarnya mereka ni pun ada perasaan.Mana lebih mereka selesa,dengan kami petugas hospital atau ahli keluarga sendiri?At least,beradalah di sisi mereka.Sepatutnya,kita kena ada perasaan malu bila kita bawa ahli keluarga yg sakit tapi keadaannya seperti langsung tiada ahli keluarga.


Ingat gambar roda ni ya!Saling beringatlah antara satu sama lain...Salam sayang uols semua...Jumpa lagi di lain entry dan ingatlah slogan untuk hari ini,Sanggupkah anda????




No comments:

Post a Comment