Followers

Tuesday, July 12, 2011

Gara-gara BERSIH~

Assalamualaikum uols semua...
Semoga uols semua sentiasa gembira di hari yg indah ni dan semoga uols semua sihat2 belaka...

Haha,dah lama tak buat new entry disebabkan ketiadaan internet buat sementara waktu,jadi pagi ni terpanggil pulak nak buat story yg ada kaitan dengan hari berlakunya perhimpunan BERSIH tempoh hari.





Masa hari perhimpunan tu nak diadakan,aku bekerja shif malam pada 9 Julai tu.Jadi pada mulanya,aku rasa risau gak kot2 la aku kena keluar rumah awal takut ada banyak roadblock.
Al maklumlah,aku ni bila nak pergi kerja,dah terbiasa keluar waktu yg cukup2 je nak dekat dengan waktu aku masuk kerja.Mana tidaknya,bila kerja shif ni,jaranglah aku terperangkap dengan jam,jadi kalau keluar waktu yg cukup2 tu tidaklah risau sampai lambat.

Siang hari tu aku dah duduk plan nak keluar pukul berapa.Selalu,kalau aku kerja malam masuk pukul 9,pukul 830 baru aku keluar rumah.Perjalanan pulak antara 20-25 minit,ngam2 la aku sampai kat hospital.Ikut plan aku,nak keluar lepas Maghrib,kononnya lah.Hehe...Manalah tahukan,tersangkut dalam jam,kena roadblock lagi.





Tapi,bila dah sampai waktu nak pergi kerja,walaupun dah plan baik nak keluar lepas Maghrib,aku ni punyalah malas nak keluar awal.Maybe sebab dah terbiasa keluar pukul 830 malam,jadi terasa lain macam je bila nak keluar awal.

Plan yg sejak siang hari dah dirangka akhirnya dengan sekelip mata je aku batalkan.Aku nak keluar macam biasa jugak.Tak kiralah apa yg terjadi,masuk lambat pun lambatlah,yg penting aku tak keluar awal.Redha jela walau macam mana keadaan jalan malam ni.

Aku pun dengan senang hati keluarlah nak pergi kerja pukul 830 malam.Dup dap jugak dalam hati tu.Tetapi alangkah senangnya hati aku apabila mendapati jalan raya tersangatlah senang lenang.Terasa bahagia menjelma dalam jiwa ragaku.Apa tidaknya,jalan lengang gila beb! Selalu aku ambil masa 20-25 minit,ni tak sampai 15 minit aku dah sampai kat hospital.Semua gara-gara BERSIH lah yg membuatkan jalan lengang,kalau tidak,jangan haraplah Jalan Tun Razak tu boleh lengang.Dalam hati aku berkata,kalaulah tiap-tiap hari serupa ini macam,kan best gila!!!

Walau apapun,aku tidak menyokong mana2 pihak,baik pihak Bersih mahupun pihak kerajaan,lantak depa la nak buat lagu mana,yg penting,jangan kacau jalan aku nak pergi kerja dan yg paling best sekali,malam aku kerja tu,patient yg mendaftar hanyalah 8 KETUL ORANG sahaja!!! Walawei,memang super enjoy aku kerja! Memang dalam sejarah lah!!! Kalau tidak,aku masuk2 kerja je,tak berhenti patient sampai pukul 2 pagi.

Okla uols semua,masa untuk bersiap untuk pergi kerja.Hari ni kerja shif petang,tak boleh nak lengah2 sebab hari ni tiada perhimpunan BERSIH,jadi jalan tak berapa nak lengang...

Enjoy your lifes,BERSIHKAN & RENOVATE HATI & JIWA ANDA YER...Adios Amigos~




No comments:

Post a Comment