Followers

Thursday, July 28, 2011

Debaran Harimau Malaya~




Assalamualaikum uols semua...Apa yg uols sedang buat sekarang ni ye?Menghitung detik untuk menonton perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dan Singapura???Wah,memang terasa kehangatan perlawanan malam ini,mana tidaknya,kesemua 85,000 tiket yg dikeluarkan telah habis dijual!

Kalau kita sebagai penyokong pasukan kebanggaan negara kita Malaysia terasa debaran perlawanan,bagaimana pula agaknya dengan debaran yg dirasai oleh para pemain pasukan Harimau Malaya,mereka lebih2 lagi risau dan sangat berdebar untuk beraksi pada malam ini.Dengan kehadiran lebih 85,000 orang penyokong pasukan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,mereka pasti tidak mahu menghampakan para penyokong yg hadir memberikan sokongan.Bahkan,pasukan negara juga pasti tidak mahu menghampakan harapan yg diletakkan pada mereka oleh seluruh rakyat Malaysia di serata tempat.

Didoakan semoga pasukan Harimau Malaya pada malam ini bakal meledakkan lebih 2 biji gol tanpa dibolosi oleh pihak lawan.Para pemain pastinya dapat menunjukkan taring mereka walaupun tanpa kehadiran bersama kapten mereka iaitu Mohd Safiq Rahim yg telah dilayangkan kad merah pada perlawanan yg lalu.Harapan juga diletakkan tinggi kepada penjaga gol pasukan Harimau Malaya iaitu Sharbinee Allawee dan Khairul Fahmi Che Mat supaya gawang kita tidak mudah dibolosi.



Rakyat Malaysia,mari bersama kita mengAAAAAAUUUMMMMMMM menyokong pasukan Harimau Malaya kebanggaan kita pada malam ini...aaaaaaAAAAAAAAAAAUUUUMMMMMMM!!!!!!




1 comment:

  1. ermmm... tunggu pos br pasal Indonesia pulak. Salam ziarah dr Nuff-Innit :)

    ReplyDelete